Thursday, February 21, 2013

Perginya Seorang Sahabat

Assalammualaikum..
hye readers.. ape kabar? hopefully shat la hendak nye.. alhmdulillah, leya pown shat2 jugak d cni.. agak lame x meng"update" blog nie.. bkn sbb sibuk tp sbb penyakit "M" menguasai diri plus takut ape yg d "conteng2" dlm blog nie, org xsuke.. kikikiki..

btw, dh hampir 2bln kite berada d tahun 2013.. pasti pelbagai pengalaman suka dan duka telah d tempuhi kn even though bru lagi.. same goes with me la.. mcm2 pengalaman ade.. ade yg seronok dan ada juga yg duka nye..

en3 kali nie nak mengisahkan sorg sahabat leya yg telah pown kembali ke rahmatullah pada 14hb Februari 2013 baru2 nie.. masih leya ingat tentang pertemuan pertama dgn arwah pada akhir tahun 2009.. perkenalan pertama adalah ketika menghadiri sesi temuduga bg mengisi jawatan majlis tertinggi (MT) dlm Sekretariat Rakan Muda (SRM) Unisel, cawangan Main Campus, Bestari Jaya dan alhamdulillah terpilih menjadi salah seorang MT dlm SRM dgn jawatan percubaan sbg Public Relation (PR) atau lebih d kenali sbg Perhubungan Awam.. menyandang jawatan tersebut selama 1semester sebelum d tukar kepada Penolong Setiausaha selepas berlakunye pembubaran dlm jawatan.. 

the following semester, berlaku sekali lagi pembubaran jawatan setelah President SRM tamat pengajian dan leya telah menyandang jawatan sebagai Bendahari sehingga sblm berpindah ke City Campus, Shah Alam.. 

awal tahun 2011, leya dan rakan2 yg mengambil kursus pengajian d bawah Fakulti Perniagaan berpindah ke Shah Alam setelah mendapat perintah dari pihak atasan d atas sebab2 tertentu.. bermula dari itu, kami ahli2 MT SRM Bestari Jaya mula berpecah membawa haluan masing2..

sepanjang hampir 2tahun bersama rakan2 dalam Sekretariat, terlalu byk masa d luangkan bersama terutama skali jika ramai yg tidak pulang ke kampung halaman.. mcm2 rencana d rancang bagi mengelakkan rasa bosan terperuk di dalam hostel.. terlalu byk kenangan yg terbina antara kami ahli MT yg d anggap seperti adik beradik sendiri..

sepanjang berada di Bestari Jaya, begitu byk kenangan bersama arwah yg x mungkin leya lupakan.. (leya pasti kawan2 yg pernah mengenali+rapat dengan arwah pasti mempunyai kenangan tersendiri)...
arwah adalah seorang sahabat yg sangat baek, ringan tulang walaupun keadaan fizikal nye tidak mengizinkan dier utk bergerak lincah+pantas seperti orang laen, sering memberi nasihat kepada kawan2, sorg yg suka menghulurkan bantuan tidak kira dlm bentuk ape skali pown, dan seorang sahabat yang sentiasa berada d samping rakan2 yang laen ada tidak kire suka mahupun duka..

setelah hampir 3tahun tidak bertemu, tidak d sangka menerima berita yg mengejutkan dr seorang sahabat MT SRM juga iaitu Kak Dee yg d update d wall facebook beliau menyatakan arwah berada d wad ICU.. cuba mencari peluang utk menziarahi arwah ketika arwah terlantar d hospital namun tidak berkesempatan..

14hb Februari 2013 jam 430ptg menerima panggilan daripada Eyka menyatakan berita tentang arwah telah kembali ke rahmatullah.. kelu rasa lidah utk berbicara dan terkilan rasa d hati apabila niat ingin melawat arwah semasa hayat ketika berada d ICU tidak kesampaian.. (lagi terkilan klu2 ade uat silap dgn arwah tp x smpat nak mintak maaf).. namun Allah lebih sayangkan arwah dan leya redha dgn pemergian arwah yg leya telah anggap sbg abg leya sndiri.. alhmdulillah masih berkesempatan menziarahi jenazah arwah buat kali terakhir d rumah keluarga arwah d Hulu Langat.. sgt berbeza rupa nya dgn kali terakhir leya jumpa dgn arwah..

buat Muhammad Khairuddin bin Abu Bakar atau lebih d kenali sbg abg Bob, bersemadilah dengan tenang d sana.. kami d cni akan sentiasa merindui segala kebaikan+gelak tawa abg dan segala kenangan yg penah tercipta antara kite semua sepanjang perkenalan kite.. adik doakan semoga roh abg d tempatkan d kalangan orang yg beriman dan soleh, dan sentiasa d bawah rahmat Allah.. bersemadilah dengan tenang d sane dan adik akan sentiasa ingat nasihat abg yg pernah abg bg pd adik dl, segala kebaikan abg pd adik dan segala pertolongan yg pernah abg hulurkan pada adik ketika adik dalam kesusahan.. terima kasih byk2 abg..

serba sedikit gambar yg sempat d rakam sepanjang persahabat bersama arwah abg bob..
kini hanya tinggal kenangan..
al-fatihah
meluangkan masa bersama selepas program team building


selepas selesai sesi interview dan perlantikan jawatan baru
sebelum pulang selepas program team building
mengambil bahagian dalam acara yg d adakan..
bersama2 melakukan senaman dlm program sukaneka.
demo
walaupun berbadan besar, arwah tetap bersama2 melakukan xtvt..





melakukan xtvt water confident..

abseiling





pakaian beragam dlm program Ulangtahun SRM ke 2..

inilah kali terakhir berjumpa dgn arwah pd Feb 2011..
 *ALFATIHAH BUAT ARWAH ABG BOB DAN TIDAK D LUPAKN JUGA BUAT TEMAN SEPENDAKIAN WALAUPUN TIDAK PERNAH BERSUA MUKA IAITU ABG AMIR KZ YG MENINGGAL DALAM EXPEDISI PENDAKIAN GUNUNG TAHAN PADA 14 FEB 2013.. SEMOGA ROH KEDUA2 SAHABAT INI D TEMPATKAN D KALANGAN ORANG YG BERIMAN DAN SOLEH. AAMIIN.....