Tuesday, September 3, 2013

Pergi Tak Kembali - Permulaan Hidupmu Sahabat

Tanggal 25 Ogos 2013 jam 11pagi, ketika ku sendirian di pejabat menghabiskan tugasan "urgent" yg diberikan oleh HOD ku, aku mendapat 1 pesanan ringkas dr seorg sahabat gunung menyatakan salah seorang sahabat gunung telah pergi menghadap Illahi. 

Allah!! Bergetar tgnku ketika membaca pesanan ringkas itu dan untuk mengesahkan berita tersebut, segera aku membuka laman social facebook sambil menghubungi sahabat yg menghantar pesanan ringkas tersebut.. sebelum sempat sahabatku mengangkat panggilanku, telah ku temui kepastian mengenai pemergian sahabat pergunungan ku tu.. status di wall arwah telah di pos oleh kakak arwah sndiri.. Allahu Akhbar.. tiada apa yang dapat aku katakan ketika itu, hny mampu menahan getar sedih perasaan..

Setelah bercakap bberapa ketika dengan sahabat yg ku hubungi, aku meminta kebenarannya utk menamatkan panggilan kerana aku ingin memaklumkan berita sedih ini kepada kekasih hatiku.. kerana aku pasti, kekasih hatiku masih lagi lena d buai mimpi.. lantas ku menghubungi kekasih hatiku, ada getar d hujung suaraku ketika menyampaikan berita sedih itu kepada kekasih hatiku dan nyata kekasih hatiku terkejut serta sukar utk menerima berita itu sambil menyebut "Innalillahi wa innailahirojiun" dan "Allahuakhbar"..

Jiwa aku tiada lagi pada tugasan2 yang perlu aku habiskan kerana fikiran ku hanya tertumpu pada arwah.. kali terakhir aku bertemu arwah kira2 3-4 bulan lepas iaitu ketika di trip YB-Charlie-3Boundries.. terbayang segala kenangan terakhir bersama arwah pada ketika itu.. Allah, sayu nyer hati bile memikirkan nye.. niatku hanya ingin menatap wajah arwah kali terakhir sebelum arwah d semadikan buat selama2nya selepas solat Asar nnt.. dan aku bertekad untuk meninggalkan tugasan2ku itu walaupun hanya tinggal sedikit sahaja lagi yg perlu aku selesaikan.. ini kerana aku tidak mahu terlepas peluang utk menatap wajah arwah buat kali yang terakhir..

ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku teringat yang kete alongku telah tamat cukai jalan nyer membuatkan aku bertekad ingin menunggang motosikal utk ke rumah arwah.. aku suarakan niatku kepada kekasih hatiku namun aku tidak d benarkan bbuat demikian dan kekasih hatiku meminta agar aku menghubungi sahabat2 yg laen utk carpool yg akan ke rumah arwah.. lantas aku menghubungi sorg lagi sahabatku utk bertanyakan tentang carpool dgn beliau namun dia memaklumkan yg dia tiada di kawasan KL dan hanya buleh mengambil aku 2jam selepas itu.. aku bersetuju namun hatiku tersangat berat menanti sebegitu lame kerana jam telah menunjukkan ke angka 2.. aku jadi tidak senang duduk dan skali lagi aku mencuba nasib dengan meminta kereta kepada along.. aku berjaya memujuk along utk membenarkan aku menggunakan kereta beliau walaupun pada awalnya tidak.

Aku memberitahu kepada kekasih hatiku bahawa aku berjaya mendapatkan kereta along namun sekali lagi pergerakan aku dihalang oleh kekasih hatiku.. dier tidak membenarkan aku memandu kereta, tunggu sehingga sahabatku yg td datang mengambil aku d rumah.. ketika itu aku merasa sgt tertekan kerana pergerakkan aku terhalang dan bertambah tertekan lagi apabila memikirkan adakah aku akan sempat utk menatap wajah arwah buat kali yang terakhir..

Aku mati kutu ketika menanti ketibaan sahabatku itu.. tidak tahu ape yang perlu aku lakukan kerana fikiranku hmy la pada arwah dan sahabat2 yg laen yg telah tiba termasuk dgn kekasih hatiku.. jam 345ptg, sahabatku itu menghubungiku memaklumkan yg dia telah berada d area rumah aku dan aku berlari keluar rumah agar masa tidak terbuang sebegitu sahaja.. aku hanya mampu berdoa agar aku d beri peluang utk menatap wajah sahabatku itu utk kali yg terakhir namun pelbagai halangan terpaksa kami tempuhi sepanjang perjalanan menghala ke rumah arwah membuatkan perjalanan terasa bertambah lama..

Jam 430 kami masih lagi berada di Highway ELITE.. hati aku menjadi tidak menentu tatkala mendengar "bip bip" dr hp ku menandakan telah masuknya waktu Asar bagi kawasan yg sama waktu dengannya.. ketika menghampiri tol setia alam, sahabatku yg laen telah menghubungiku dan memaklumkan yg jenazah telah pown berada di surau utk disembahyangi dan aku jadi semakin tidak keruan berada di dalam kereta.. terasa begitu cepat masa berjalan dan begitu perlahan pergerakan kereta sedangkan kelajuan pada ketika itu adalah 120km/j.

Ketika sahabat yang mengambilku menghubungi kekasih hatiku bertanya arah rumah arwah, kekasih hatiku memaklumkan yg jenazah telah selesai disembahyangi dan bakal d bawa ke tanah perkuburan.. ketika itu aku hanya mampu berniat agar dapatlah kira nya walau aku hanya dpt melihat sekujur tubuh arwah sebelum d masukkan ke dalam liang lahad.. Ketika menghampiri tanah perkuburan, kekasih hatiku menghubungiku agar kami bersegera kerana jezanah bakal d masukkan ke dalam liang lahad.. Allah, hatiku makin sayu kerana aku yakin yg aku tidak akan berpeluang utk melihat sekujur tubuh itu.. telahan aku benar kerana ketika kami tiba d kawasan perkuburan, terlihat oleh kami 4 org lelaki sedang mengusung keluar keranda dr tanah perkuburan menghala ke van jenazah.. tiadalah peluang bagi aku walaupun hny ingin melihat jasad yg kaku itu sebelum d masukkan ke dalam liang lahad kerana ketika aku menghampiri tempat persemadian, kaum adam telah mula menimbus tanah.. Allah. sayu hati kerana tidak berpeluang melakukan ape yang ingin aku lakukan..
Aku hanya mampu melihat dari jauh kaum adam menimbus tanah d tempat persemadian sahabatku.. aku dan sahabat2 yg laen nye menanti sehingga selesai bacaan doa oleh imam.. ketika itu cuaca mendung namun tidak pula menunjukkan tanda2 hujan bakal turun.. ketika talkin d bacakan, aku berdoa agar roh arwah dapat mendengar apa yg d ajarkan oleh imam dan dapat menjawab soalan Mungkar dan Nakir kelak..
Setelah selesai bacaan talkin dan doa, ingin hatiku membawa kakiku melangkah ke tempat persemadian arwah namun melihatkan keluarga arwah, hatiku memujuk agar memberi peluang kepada mereka terlebih dahulu.. InshaAllah jika aku d panjangkan umur, akan ku ajak kekasih hatiku menziarahi puasa itu suatu hari nnt..

Buat mu sahabatku Muhammad Ehsan bin Kamaruddin, bersemadilah dengan tenang di sana.. kami sahabat2mu di sini mendoakan agar rohmu d cucuri rahmat oleh Nya, d tempatkan d kalangan org yg beriman dan beramal soleh.. kami, sahabat2 sepergunungan yg laen akan senantiasa merindui dirimu, senyummu, tawamu, gurauanmu, peribadimu, pertolonganmu dan segalanya tentang dirimu wahai sahabatku.. bertemu kite kelak d alam yg lebih kekal abadi, inshaAllah.. maafkan segala kesilapan kami, keterlanjuran kami dalam percakapan mahupun perbuatan, halalkan makan minum kami.. kami memaafkanmu dan menghalalkan segala makan minum mu wahai sahabatku..
Al-Fatihah.. :'(

*here some pic of him.

trans noring



permainan wajib d kemsite d mlm hari
*just for fun*

New year 2013 at Tabur West 

Raya Celebration at Chemerong-Berembun-Lansir

with Raflesia at Gunung Tangga

My last trip with arwah on May, YB-Charlie-3Boundries
*YB peak

kesungguhan arwah mengasingkan carrot wlpun carrot telah d potong kecik + dadu..

at 3Boundries peak

Gunung Bunga Buah

Gunung Rabong.. kembali ke tamadun..
*we will missed ur smile ehsan..








always be our photographer in group..


at Anak Noring peak

#we will be missed you Ehsan..