Saturday, February 19, 2011

Tanda-tanda Awal Kanser

Assalammualaikum..
hye..
:)

ape kabar anda semua hr ini..?? harap2 shat la ye.. leya alhamdulillah shat2 aje.. tp adakah bertambah shat..?? ouh tidak.. hehehehe..

ok2.. tajuk entry kali nie nmpk mcm menyeramkan aje kan..?? xde ape lah.. actually, td leya duk belek2 paper semalam <HARIAN METRO, Jumaat, 18 Februari 2011>.. ttbe terpandang dan terbaca pasal bnd nie.. so, nak share ckit la kan dgn kawan2 sume.. sebagai peringatan pada diri juga.. yela, kite kan manusia biase, bkn nye tau sgt bnd2 nie sume kan..

berbalik pada tajuk entry, tanda2 awal kanser adalah seperti berikut:
1. KANSER PANGKAL RAHIM- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan

2. KANSER PAYUDARA- bengkak atau gumpalan d buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar d ketiak, kedutan pada kulit d buah dada

3. KANSER USUS BESAR- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa buang air

4. KANSER PARU-PARU- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan

5. KANSER PERUT- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

6. KANSER LIMPA- sakit d bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen bengkak

7. KANSER OVARI- haid tidak teratur, tumbuhan keras d bahagian abdomen, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam mendalam

8. KANSER OTAK- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti

9. KANSER PROSTAT- sukar dan sakit semasa kencing yg berpanjangan

10. KANSER DARAH (LEUKIMIA)- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi

11. KANSER TEKAK- suara garau/ serak, ade ketumbuhan d tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak d leher

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1. makanan
2. tembakau
3. alkohol
4. radiasi
5. sinaran cahaya matahari
6. pekerjaan
7. pengambilan ubat
8. pencemaran udara dan air
9. perokok yg tidak aktif
10. keturunan

No comments:

Post a Comment