Tuesday, April 26, 2011

Sayur dan Buah yg Buleh Menguatkan Tubuh

Assalammualaikum..
hye2..
:)

dh lame dh rsnye x update blog nie.. bukan nye xde entry yg nak d post kan, ade jew cube d sbbkan masalah2 yg x dpt d elakkan, maka post tersebut bakal berhabuk dalam list leya nie.. huhuhuhu..
kawan2 ape kabar..?? hopefully shat la hndknye yerp.. leya Alhamdulillah dh shat cuma batuk jew masih menguasai diri.. almaklum la, leya nie bukan la jenis yg suke makan ubat dan berpantang.. so x kisah la kan.. huhuhu..

bbalik pada title entry, td lepas class leya baca la 1 paper nie dan ttbe leya jmp 1 bnd yg menarik tuk d kongsi bersama.. jadi, jom kite copy paste article itu.. article mengenai adalah dr sumber HARIAN METRO, SELASA, 26 APRIL 2011..

berikut adalah enam jenis makanan yang terdiri daripada syur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh badan daripada mudah dijangkiti penyakit.
1. SELERI


seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dgn zat besi, kalsium, fosforus, sodium, pottassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan secara tradisional bagi menurukan tekanan darah tinggi. sayur ini juga d percayai dapat melancarkan perjalanan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri buleh merawat penyakit kulit seperti jerawat dan ruam.

2. JAMBU BATU


kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting utk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuh luka. Kekurangan vitamin C bileh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutama kolestrol jenis tidak baik jenis LDL.

3. BUAH DELIMA


kebiasaanya buah delima sedap d makan segar mahupun d buat jus minuman, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya d minum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian ke atas haiwan), vitamin C dan asid borik yang mempunya kesan antiseptik.

4. BETIK


buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurukan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan meransang pembuangan air kecil). Air rebusan betik muda d percayai dapat merawat darah tinggi.

5. DURIAN BELANDA


Di makan mentah bila masak, d buat jus buah dan aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang shat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoprosis.

6. KUBIS


d percayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dgn sayur-sayuran lain. D samping itu, ia juga d katakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bakteria bg meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya d makan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.

sekian..

No comments:

Post a Comment