Sunday, June 13, 2010

2 Puncak Dalam 1 Hari

Assalammualaikum..
:)

12hb Jun 2010

Buat kali kedua trip aku mendaki gunung.. Trip kali ini aku mendaki bersama Relax Adventure Team a.k.a Raub Adventure Team.. Perjalanan ke Pahang mengambil masa 1jam 30minit tuk tiba d Bentong dari Kuala Lumpur.. Aku ke Pahang dgn menaiki kereta.. (tumpang org la.. mn ade kereta sendiri..) Kami bertolak ke Pahang dgn 2 buah kereta.. 1 kereta Nal dan 1 lgi kereta Nasir.. Kami tiba d Bentong pada 930pagi..

Gunung yg bakal aku tawan adalah Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk, Fraser Hill, Pahang.. Sedikit info mengenai Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk.. Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk merupakan dua gunung yang didaki melalui satu route.. Gunung ini terletak diantara laluan Kuala Kubu Baru, Selangor dengan Fraser Hill.. Lebih tepat lagi, kedua2 gunung ini berada d Hutan Simpan Ulu Teranum d antara Selangor dan Pahang.. Pendakian kedua2 gunung ini sesuai d buat seharian dan d jadikan tempat latihan asas.

Perjalanan dr Bentong ke Freser Hill mengambil masa 1jam lebih.. Kami tiba d starting point kira2 jam 1030pg.. Jalan menuju ke Bukit Fraser bagaikan ular d palu menyebabkan aku mengalami mabuk jalan sepanjang perjalanan.. (hampir2 aku termuntah dalam kereta akibat dari jalan dan cara pemanduan Nal..) Ketika peserta lain sibuk bersiap sedia memilih brg2 ape yg perlu d bawa ke puncak, aku masih lagi terdiam kaku d dalam kereta kerana pening2 lalat masih menguasai diriku sehingga lah aku mendapat minyak angin dari Nasir..(lega ckit rsnye.. thanks Nasir n Fick..) Selesai mengagih2 kan brg2, kami d minta berkumpul bagi sesi taklimat sedikit dan warm up.. Ketika tiba, cuaca yg pd mula nye panas terik bertukar menjadi mendung, menunjukkan tanda2 hujan akan turun.. Warm up d lakukan bagi mengelakkan kekejangan otot berlaku.. Selesai warm up express d lakukan (bak kate abg Amad), hujan mula turun..


time mengagih2kan barang2..

Seramai 15org telah menyertai Training Course, Gunung Gap - Gunung Ulu Semangkuk, Fraser Hill, Pahang.. Kami memulakan pendaki pada pukul 1115pg dan ketika itu, hujan semakin lebat turunnya.. Halangan pertama kami tempuhi adalah kaki bukit yg agak tinggi.. Alhmdulillh ahli group berjaya mengatasi halangan tersebut.. Halangan kedua memerlukan semangat team work tuk naik ke atas kerana track bukit tinggi yg licin akibat hujan lebat.. Dengan bantuan ahli group yg lain, Alhmdulillh sume peserta berjaya mengatasi ne utk kali ke2.. Pendakian baru bermula, namun aku dh pown kotor dgn tanah merah sbb jatuh menggelungsur akibat salah step.. But it's so fun for me.. :)

Pendakian d teruskan.. Ketika pendakian, byk halangan yg terpaksa d hadapi, antaranya, pokok2 buluh, menyusur d bawah pokok2 buluh yg telah tumbang, pokok2 yg berduri d kiri kanan, dan trek yg agak mencanak tinggi nya.. Pendakian mengambil masa selama 1jam utk tiba d puncak.. Namun, dgn semanagat yang tinggi tuk smpai ke puncak Gunung Gap, akhir nye kami tiba d puncak pada pukul 1215t/hari pada ketinggian 3 kaki dgn suhu 22.5 darjah celcius.. Hujan telah berhenti ketika kami tiba d puncak.. Kami mengambil masa seketika utk menikmati keindahan ciptaan Allah dr puncak gunung gap dan mengambil gambar kenangan..


Puncak Gunung Gap

Pukul 1230t/hari, perjalanan diteruskan ke Gunung Ulu Semangkuk pula.. Pendakian pada kali ini sangat mencabar ketahanan fizikal dan mental.. Dengan cuaca sejuk sesudah hujan berhenti, kami meneruskan pendakian.. Sebanyak 3 trek menurun yg curam dan trek mendaki yang tinggi mencanak terpaksa kami tempuhi utk tiba d puncak Gunung Ulu Semangkuk.. Pelbagai halangan terpaksa d tempuhi oleh setiap peserta.. Ada trek pendakian yang memerlukan menggunakan tali dan ada juga trek menurun yang menggunakan tali juga.. Namun, itu sume memberi pengalaman yg bermakna dalam hidup ku.. Dan memberi pengajaran kpd diriku jua.. Pendakian ke Gunung Ulu Semangkuk mengambil masa antara 1jam 30minit ke 2jam.. Setelah pelbagai halangan d tempuhi, akhir nye kami tiba d puncak dgn jaya nya pada pukul 230ptg dengan suhu tercatat 24 darjah celcius..

Sesampainye kami d puncak, terus kami menyediakan santapan t/hari utk semua ahli peserta.. Menu santapan kami utk t/hari adalah Tomyam Campur, Daging Halia, dan juga Telur Dadar.. Minuman kami adalah Milo.. Rasanye seperti makan d rumah pula, sedangkan ketika itu berada d puncak gunung.. Selesai sesi masak memasak, kami pown menjamu selera.. Pegh..!! Memang terbaik la.. Thanks to all sbb masak tuk sume.. :) Ketika menjamu selera, kabus menyelubungi puncak gunung.. Subahanallah.. Seronok bile aku merasai suasana sebegitu.. (menggigil2 aku d uatnye..)

aku yg tengah menahan kesejukan yg melanda diri..

Tom Yam Campur

Daging Masak Halia

Abg Amad masak nasi

Air Milo Fick yg menjadi kegemaran ramai..

Puncak Gunung Ulu Semangkuk

Sebelum berangkat turun, kami mengambil gambar kenangan d Puncak Gunung Ulu Semangkuk.. Selesai bergambar, kami memulakan perjalanan turun ke starting point semula pada pukul 530ptg.. Bagaimana mencabarnye ketika pendakian, begitu juga la ketika kami turun.. Namun kali ini d tambah pula dgn kegelapan malam.. (1st time trek time mlm..) Utk ke Gunung Gap semula mengambil masa 1jam 30minit.. Kami tiba d Gunung Gap semula pada pukul 645petang.. Keadaan agak gelap pd waktu sebegitu.. Dan ketika ini la, head lamp d perlukan.. (aku bwk touch-light je..jadi la dr xde langsung..)

Perjalanan d teruskan semula ke starting point dr Gunung Gap.. Waktu ketika itu menunjukkan jam 7malam.. Hari semakin gelap, bertambah lagi bile berada d dalam hutan.. Bila berjalan dalam kegelapan malam, terasa diri ini insaf seketika.. Mungkin begini la bile org yang cacat penglihatan nye berjalan.. Gelap lagi kelam.. Tiada ape yg dpt d lihat hanya gelap semata2.. :(
Waktu Maghrib pun telah pown masuk.. Bagi menghormati Maghrib, kami berhenti seketika.. Ada yg bersolat dan ada yg menanti..Selesai Abg Amad solat, Abg Azam terus bg arahan pd Abg Amad tuk teruskan perjalanan turun.. (rupenye time nie ade bnd yg 'dirasai' oleh Kak Moon, Kak B and Abg Azam..) Pelbagai halangan terpaksa d tempuhi ketika kegelapan malam makin menguasai.. Jatuh menggelungsur, usah d cakap la kan.. Byk kali perkara tersebut jadi pd aku.. (but sometime, bnd 2 mcm best lak..) Perkara yg x blh d lupakan adelah, aku memberi peringatan pada mber2 d belakang, last2 aku yg jatuh menggelungsur.. Peh..!! Memamg x blh bla..(pas2 stok kene gelak jela..)

Kami hampir tiba d starting point pada pukul 9malam.. 2 lagi halangan yg terpaksa d tempuh.. Setelah d beri arahan oleh Abg Amad, group kami yg tertinggal d belakang membuat keputusan tuk turun dgn menggelungsur shja.. (almaklum la.. dh xde tempat nk pijak dh..) So dh mcm main papan gelungsur la d uat nye.. Pakaian dan beg masing2 pown kotor akibat dr main gelunggsur terbabit.. Last but not least person yg turun, berlaku satu kejadian yg x d ingini.. Kak B ttbe d hempap dgn beg nya sendiri.. Keadaan menjadi agak kalang kabut ketika itu.. Masing2 membantu mengangkat Kak B bg menyelamatkan beliau.. Dan ttbe2, terdengar jeritan kegeraman oleh ssorg, ' Kak B..main2 lak..' (xbp cam milik sp suara tersebut..) Rupenye Kak B ingin melihat 'teamwork' dr group ini.. Alhmdulillh Kak B xde ape2 juz kat batang hidung nye shja yg luka sedikit.. The last part yg kne gelunggsur juga sebelum btul2 smpai d car park.. Ketika menanti peserta lain tiba, aku lagi sekali jatuh menggelungsur.. (dlm byk2 jatuh menggelungsur, yg last nie la paling uat aku trasa sakit..) Setelah semua nye kami tempuhi, Alhmdulillh kami selamat tiba d starting point pada pukul 915malam.. Selesai menyalin pakaian dan kemas peralatan, kami pown bersurai..

kekotoran yg d alami oleh para peserta

Sebelum aku, Nasir n Fick pulang ke KL, kami join Abg Amad, Abg Azam, Kak Moon, Kak B, Kak Sri, Bella, A-Chah makan malam.. Almaklum la, blm dinner ag.. Kami makan d 1 kedai makan yg ade d Raub.. Sebelum makanan yg d pesan sampai, kami mengadakan sesi taaruf.. (xsempat nk uat b4 daki sbb masa xmengizinkan..) Pukul 12, kami bersurai dan ke destinasi masing2..
Aku tiba d rumah pada pukul 230pagi.. Thanks Nasir sbb hantar leya balik.. Berakhir la hariku dgn penuh kegembiraan..

2 comments:

  1. nice notes leya..mcm2 pengalaman kan..thanks coz sudi joint relax adventure..harap x serik..ibarat kata abg azam : terus hubungiku lagi.jangan bilang ini yang terakhir....hehe..

    ReplyDelete
  2. thanks abg Amad..yup2.. mcm2 pengalaman leya dpt.. welcome n thanks gak coz sudi accept leya sebahagian dr relax adventure team members.. leya x serik abg Amad.. rs seronok tuk join ag, ade la.. :)
    ye2.. leya ingat ape yg abg Azam ckp kan 2..
    thanks abg coz remind me about that..

    ReplyDelete